Thursday, September 6, 2018

Renungan Petang SDA, 06 September 2018


Renungan Petang
Khamis, 06 September 2018

KehendakNya Harus Diutamakan

"Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, sebab Engkaulah Allahku! Kiranya Roh-Mu yang baik itu menuntun aku di tanah yang rata!" Mazmur 143:10

Apa yang selalu ada di fikiran anda ketika menjalani kehidupan ini setiap hari? Apakah hal-hal duniawi yang memenuhi fikiran anda, atau kita mengikut nasihat rasul paulus: "Pikirkanlah perkara yang di atas, bukan yang di bumi." (Kolose 3:2)?

Ingatlah, arah hidup seseorang ditentukan oleh cara kita berfikiran. Apa yang memenuhi fikiran kita akan menentukan arah hidup kita. Jika fikiran kita selalu dipenuhi dengan hal-hal duniawi, maka pertuturan dan tindakan kita juga akan serupa menjadi duniawi. Walhal firman Tuhan memberi amaran dengan tegas :

"Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna." (Roma 12:2).

Jika kita menginginkan kehendak-Nya menjadi fokus utama kita dalam kehidupan ini, maka kita harus mengisi fikiran kita dengan firman Tuhan setiap hari. Mengapa kita harus menempatkan Tuhan dan kehendak-Nya sebagai yang terutama dalam hidup ini? Supaya langkah hidup kita sentiasa dipimpin dan dibimbing oleh Tuhan. Jika kita melakukan segala sesuatu menurut kehendak sendiri tanpa melibatkan Tuhan mengikuti kehendak-Nya, cepat atau lambat kita pasti akan terjatuh dan tersesat.

Oleh itu, apa sahaja yang hendak kita lakukan dan rancangkan biarlah kita serahkan sepenuhnya kepada kehendak Tuhan terlebih dahulu. "Sebenarnya kamu harus berkata: 'Jika Tuhan menghendakinya, kami akan hidup dan berbuat ini dan itu.'" (Yakobus 4:15), sebab tak seorang pun yang tahu apa yang ada di depannya, atau apa yang akan terjadi di kemudian hari.

Sebagai anak-anak Tuhan, sudah selayaknya kita mencontohi Tuhan Yesus yang menempatkan kehendak Bapa sebagai yang terutama. "...Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku." (Yohanes 5:30).

Apakah yang menjadi fokus hidup anda? Semata-mata hanya tertuju kepada perkara-perkara dunia, atau fokus hanya kepada kehendak Tuhan?

Kiranya Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment