Renungan Petang
Jumaat, 07 September 2018
Jumaat, 07 September 2018
Orang Kaya Diberikan Peringatan
"Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam Kerajaan Sorga." Matius 19:23.
Rasul Paulus memberikan perintah kepada Timotius untuk memberi peringatan kepada orang kaya, "...agar mereka jangan tinggi hati dan jangan berharap pada sesuatu yang tak tentu seperti kekayaan, melainkan pada Allah yang dalam kekayaan-Nya memberikan kepada kita segala sesuatu untuk dinikmati. Peringatkanlah agar mereka itu berbuat baik, menjadi kaya dalam kebajikan, suka memberi dan membagi" (1 Timotius 6:17-18).
Mengapa orang kaya perlu diberi peringatan? Kerana mereka mudah sekali lupa diri dengan segala kekayaan yang dimiliki. Benarlah apa kata firman Tuhan : "Karena di mana hartamu berada, di situ juga hatimu berada." (Matius 6:21). Rasa cukup yang sumbernya banyak wang atau harta menyebabkan mereka lebih berharap dan mengutamakan kepada apa yang dimiliki daripada berharap dan mendahulukan Tuhan, sehingga mereka cenderung bermegah dengan kekayaan yang dimiliki.
Ada yang berfikir bahawa tanpa Tuhan sekali pun mereka masih boleh hidup. Dan kibatnya rasa ingin memerlukan Tuhan lama-kelamaan akan hilang. Tuhan bukan lagi menjadi keutamaan dalam hidup. Dengan kata lain orang kaya akan lebih mudah mengabaikan dan melupakan Tuhan kerana mereka mempunyai sesuatu yang dapat dipergunakan.
Walhal harta kekayaan itu bersifat hanya sementara dan mudah lenyap. "...sebab walaupun seorang berlimpah-limpah hartanya, hidupnya tidaklah bergantung daripada kekayaannya itu." (Lukas 12:15). Mereka mengira bahawa jika memiliki wang dalam jumlah yang banyak dan kekayaan yang berlimpah, kepuasan akan diraihi. Akhirnya mereka akan semakin berusaha untuk mendapatkan lebih banyak lagi, bahkan mereka rela melakukan apa saja. Orang seperti ini rakus dan tamak.
Salomo, salah seorang terkaya yang pernah hidup di muka bumi ini, menyatakan : "Siapa mencintai uang tidak akan puas dengan uang, dan siapa mencintai kekayaan tidak akan puas dengan penghasilannya. Inipun sia-sia." (Pengkhotbah 5:9). Tuhan tidak pernah menilai seseorang berdasarkan apa yang ada atau apa yang dimiliki tetapi berdasarkan siapa diri kita sebenarnya di hadapan Tuhan.
Kiranya Tuhan memberkati!
No comments:
Post a Comment