Renungan Petang
Jumaat, 13 Julai 2018
Jumaat, 13 Julai 2018
Perisai Iman
"Tetapi Engkau, TUHAN, adalah perisai yang melindungi aku, Engkaulah kemuliaanku dan yang mengangkat kepalaku." Mazmur 3:4
Di dunia yang penuh cabaran dan ujian ini, rasul Paulus mengingatkan agar kita menggunakan perisai iman. Dengan perisai iman, kita dapat menangkis setiap serangan musuh. Ketika berada dalam keadaan tertekan dalam menghadapi serangan musuh, dan ketika ramai orang mengatakan bahawa tidak ada pertolongan, Daud menemukan kekuatan di dalam Tuhan kerana dia sangat percaya bahawa Tuhan adalah perisai yang dapat melindunginya. "Aku tidak takut kepada puluhan ribu orang yang siap mengepung aku." (Maz 3:7). Sungguh. Tuhan telah menjadi perisai hidup Daud.
Tuhan sebagai perisai yang melindungi kita dan mematahkan segala serangan musuh. Bukan bermakna peperangan telah selasai atau serangan musuh berhenti kerana Iblis selalu mencari cara dan celah untuk menyerang, "...menunggu waktu yang baik." (Lukas 4:13). Alkitab menasihatkan agar kita selalu berjaga-jaga dan berdoa, dan "...dalam segala keadaan pergunakanlah perisai iman," (Efesus 6:16).
Kerana Tuhan menjadi perisai kita, maka kita tetap dilindungi dan tak mudah untuk ditaklukkan. Bagaimana? Untuk mendapatkan perlindungan dari Tuhan kita harus memiliki iman yang tertuju hanya kepada Tuhan, iaitu iman yang tidak bergantung hanya kepada keadaan atau situasi.
Orang yang memiliki iman di dalam Tuhan akan tetap percaya, walau apapun yang kelihatan tidak sesuai dengan kenyataan. Sehebat apa pun serangan yang dilancarkan oleh pihak musuh, sedahsyat apa pun goncangan, kita tetap tenang kerana Tuhan di pihak kita, "sebab semua yang lahir dari Allah, mengalahkan dunia. Dan inilah kemenangan yang mengalahkan dunia: iman kita." (1 Yohanes 5:4).
Kerana ada perlindungan yang pasti dari Tuhan kita menjadi tenang, dan dalam keadaan tenang kita akan dapat berfikir bagaimana mengalahkan dan menghancurkan musuh. Ada tertulis: "...dalam tinggal tenang dan percaya terletak kekuatanmu." (Yesaya 30:15). Bila Tuhan yang menjadi perisai ada jaminan kemenangan bagi orang yang percaya kepada-Nya.
"Sekarang aku tahu, bahwa TUHAN memberi kemenangan kepada orang yang diurapi-Nya dan menjawabnya dari sorga-Nya yang kudus dengan kemenangan yang gilang-gemilang oleh tangan kanan-Nya." Mazmur 20:7
Kiranya Tuhan memberkati!
Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati anda!
No comments:
Post a Comment