Friday, July 27, 2018

Renungan Petang SDA, Jumaat 27 Julai 2018

Renungan Petang
Jumaat, 27 Julai 2018

Kuih Lain Daripada Acuan?

Yoas melakukan apa yang benar di mata TUHAN selama hidup imam Yoyada. 2  Tawarikh 24:2

Renungan hari ini diambil dari 2 Tawarikh 23,24, tentang Yoas, seorang raja termuda yang pernah memerintah Yehuda. Dia masih berumur tujuh tahun, ketika diangkat menjadi raja. Dia adalah raja yang "takut akan Tuhan" dan "melakukan apa yang benar di mata Tuhan" (ayat 2), sekalipun ayahnya Ahazia adalah seorang yang "melakukan apa yang jahat di mata Tuhan". 

Sekali lagi fakta Alkitab menyebutkan bahawa seorang ayah yang tidak baik bukan secara automatik akan melahirkan anak yang tidak baik tetapi bergantung kepada banyak faktor. Ahas, raja yang tidak baik, tetapi anaknya Hizkia adalah raja yang baik. Rahab, adalah wanita yang tidak baik tetapi Boas anaknya dan seterusnya Daud cucunya adalah orang-orang yang dikenali sangat orang baik, dalam Alkitab. 

"Janganlah latar belakang keluarga yang "buruk" menjadi alasan untuk menilai seseorang itu "buruk", karena "keadaan masa lalunya dan latar belakang keluarganya yang mungkin buruk". Masa lalu bukanlah "ukuran tetap dan mutlak" untuk menilai seseorang secara objektif." Jangan menilai dan menghakimi seseorang hanya "berdasarkan masa lalunya". 

Seorang anak yang baik atau tidak, bergantung kepada apa "pendidikan" yang diberikan dan bagaimana keadaan "persekitaran" di mana dia membesar. Yoas bukan dididik oleh kedua-dua ibubapa kandungnya, ditambah lagi "kedua-dua" orang tuanya adalah orang tua yang "buruk secara moral dan rohani" tetapi sejak kecil dia dididik oleh keluarga yang "rohani" iaitu, keluarga Imam Yoyada dan isterinya Yosabat.

Yoas membesar di "kaabah" dengan segala suasana aktiviti rohani setiap hari. Semua hal ini memberi kesan terhadap Yoas di masa tuanya. Dia sangat menghormati "Kaabah Allah" dan segala upacaranya serta sangat menghargai nilai-nilai perbaktian. 

Amsal 22:6, "didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya..." Tidak hairanlah, Yoas menjadi anak yang "melakukan apa yang benar di mata Tuhan" kerana sejak dia kecil dan mungkin masih bayi, dia telah dididik dengan kebenaran. Semoga kisah Yoas ini memberi inspirasi untuk kita smua. Kiranya, Tuhan memberkati! Selamat Sabat!


Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati!

A. A. Pondili

No comments:

Post a Comment