Renungan Petang
Khamis, 23 Ogos 2018
Belajar Dari Burung
Orang malas tidak akan menangkap buruannya, tetapi orang rajin akan memperoleh harta yang berharga. Amsal 12:27
Tuhan menjanjikan kepada kita dengan penjagaan-Nya. Burung-burung juga dipelihara apatah lagi kita yang diciptakan serupa dengan gambar-Nya (Matius 6:26). Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu bekerja keras dalam hidup ini dan mengharapkan berkat Tuhan secara ajaib semata-mata.
Burung-burung memang tidak menanam dan menuai, namun mereka bekerja keras sepanjang hari. Tidak percaya? Berikut di bawah adalah sebuah penelitian terhadap aktiviti kehidupan burung-burung :
- Burung Murai, bangun jam 02:30 pagi kemudian mencari makanan hingga jam 09:30 malam (jumlah 19 jam), berulang-alik ke sarangnya sekitar 200 kali sehari, memberi makan kepada anak-anaknya.
- Burung Tikus, bangun jam 03:00 pagi dan bekerja hingga pukul 09:30 malam (18 jam). Mereka dapat mengumpulkan 400 ekor ulat sehari.
- Burung Hitam, bangun jam 04:00 pagi dan bekerja hingga jam 09:00 (17 jam). Berulang-alik ke sarang 100 kali sehari untuk memberi makan anak-anaknya.
Berapa banyak waktu kita bekerja dalam sehari? "Apa yang anda tanam, itulah yang dituai". Kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dan berdoa minta Tuhan menurunkan berkat-Nya dari syurga secara ajaib. Ada bahagian yang harus kita lakukan dan Tuhan akan melakukan bahagian-Nya. Belajarlah dari semangat dan kerajinan burung.
Duduk diam dan tidak melakukan apa-apa hanya mendatangkan kesia-siaan. Berusahalah, maka berkat akan datang kepada anda. Tuhan pasti memberkati!
Disalin semula dari Renungan Advent 2011
No comments:
Post a Comment