Tuesday, August 21, 2018

Renungan Petang SDA, Selasa 21 Ogos 2018

Renungan Petang
Selasa, 21 Ogos 2018

Tuhan Menunjukkan Jalan

"Siapakah orang yang takut akan TUHAN? Kepadanya TUHAN menunjukkan jalan yang harus dipilihnya." Mazmur 25:12

Jika dilihat dari segi kualiti hidup, di sini akan kelihatan tingkat kedewasan rohani seseorang? Apakah kita hidup benar di hadapan Tuhan? Atau bagaimana? Tingkat kedewasaan rohani tidak berkaitan dengan usia, tingkat sosial atau berapa lama menjadi Kristen tetapi bagaimana pertumbuhan iman di dalam Tuhan dan bagaimana mengaplikasikan firmanNya ke dalam kehidupan nyata.

Seseorang dikatakan dewasa rohani bila memiliki kehidupan yang terlatih, sehingga mampu membezakan yang baik dan jahat (baca  Ibrani 5:14).  Dengan kata lain, orang yang dewasa rohani adalah orang yang takut akan Tuhan dan Tuhan akan menunjukkan jalan yang harus dipilihnya (Maz 25:12).

Rasul Paulus berdoa untuk jemaat di Filipi: "Dan inilah doaku, semoga kasihmu makin melimpah dalam pengetahuan yang benar dan dalam segala macam pengertian, sehingga kamu dapat memilih apa yang baik, supaya kamu suci dan tak bercacat menjelang hari Kristus," (Filipi 1:9-10). Hati yang takut akan Tuhan adalah bertumbuh dalam kasih, memiliki pengetahuan tentang firman Tuhan. Jadi kasih dan pengetahuan adalah dua hal yang saling melengkapi dan tak terpisah.

Ketika kita bertumbuh dalam kasih dan pengetahuan tentang Tuhan, kita beroleh kekuatan dan kebijaksanaan untuk membuat pilihan hidup yang tepat. Ketika kita memilih untuk berbakti kepada Tuhan, maksudnya kita datang ke gereja bukan hanya sebagai rutin atau satu kebiasaan, melainkan mempersembahkan seluruh hidup kita hanya kepada Tuhan. "...supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati." (Roma 12:1).

Berserahlah sepenuhnya hanya kepada Tuhan dan percayalah kepada setiap rencana-Nya. Inilah yang mendorong kita untuk menurut firman-Nya dan mengikut jalan-Nya kerana kita tahu bahawa jalan atau cara Tuhan adalah yang terbaik bagi kita.

Kiranya Tuhan memberkati!

Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati!

A. A. Pondili

No comments:

Post a Comment