Tuesday, August 21, 2018

Renungan Petang SDA, Rabu 22 Ogos 2018

Renungan Petang
Rabu, 22 Ogos 2018

Penyelesaian Yang Bijak

Jawabnya: "Tidak ada, Tuhan." Lalu kata Yesus: "Aku pun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang." Yohanes 8:11 

Sebuah cerita menarik tentang seorang wanita yang dibawa kepada Yesus kerana didapati berzina. Pristiwa itu dikatakan terjadi di awal pagi. Di awal pagi Yesus telah berhadapan dengan "masalah". "Masalah" tidak pernah mengenal waktu, ia datang pada bila-bila sahaja, di mana sahaja, kepada siapa sahaja sama ada kita bersedia atau tidak. Ia tidak perlu dicari dan kadang-kadang tidak dapat dihindari kerana ia akan selalu datang kepada kita dalam berbagai "model" dan "bentuk".

Sebenarnya yang perlu diperhatikan adalah bukan bentuk dan model masalah itu sebenarnya tetapi bagaimana kita bertindak ke atas masalah itu. Dan Yesus adalah contoh yang terbaik dalam menyelesaikan masalah :
1. Dia tidak menghindari masalah itu tapi Dia menghadapinya
2. Dia bersikap tenang menghadapinya
3. Dia tidak mencari "kambing hitam" atau melemparkan kesalahan pada pihak lain
4. Dia selalu memiliki pandangan positif dalam penyelesaian masalah. 

Perhatikan sikap Yesus kepada wanita yang didapati berbuat Zina. Ketika orang lain melihat pada sudut negatif, Yesus pula melihat kepada sudut positif. Ketika orang lain melihat "tidak ada lagi kesempatan dan peluang untuk masa depan", Yesus datang melihat dan membantunya memberi harapan. 

Objek masalah sama tetapi cara pandang masalah tersebut adalah berbeza sehingga menyebabkan penyelesaiannya pun berbeza. Di mata ahli-ahli taurat dan orang Farisi, wanita ini harus "dihukum" tetapi di mata Yesus, wanita ini perlu "diampuni dan diberi kesempatan kedua". 

Hari ini, kita dapat melihat setiap orang dengan "kaca-mata" berbeza-beza, jika kita melihat orang lain dengan "kacamata negatif" maka "nilai" orang itu pasti negatif namun ada disebaliknya jika kita melihat orang itu dari "kacamata positif". 

Sebaiknya hari ini kita gunakan "kacamata" yang selalu digunakan Tuhan dalam memandang secara positif bagi setiap orang yang memiliki kelemahan dan kesalahan. Hari ini wanita ini diberi kesempatan untuk kembali, "pergilah dan jangan berbuat dosa lagi, mulai dari sekarang”. Wanita itu sudah berubah dan bertaubat pada hari ini, marilah kita lakukan demikian pada hari ini juga.

Tuhan memberkati semua!

Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati!

A. A. Pondili

No comments:

Post a Comment