Renungan Petang
Selasa, 14 Ogos 2018
Selasa, 14 Ogos 2018
Ada Sesuatu Di Sebaliknya (2)
Lalu Yosua memanggil mereka dan berkata kepada mereka, demikian: "Mengapa kamu menipu kami dengan berkata: Kami ini tinggal sangat jauh dari pada kamu, padahal kamu diam di tengah-tengah kami? Yosua 9:22
Ramai orang di zaman moden ini yang memiliki sikap seperti orang Gibeon, yang hanya ingin selamat secara fizikal tetapi tidak secara rohani. Yang memegang prinsip hidup, "yang penting selamat". Tidak peduli bagaimana caranya. Tidak peduli apakah pekerjaannya itu sesuai dengan kehendak Tuhan atau tidak, "yang penting saya mempunyai pekerjaan dan saya mempunyai pendapatan yang cukup". Tidak peduli apakah saya sudah melanggar perintah Tuhan atau tidak, "yang penting saya mempunyai jawatan dan pendapatan yang lebih.
Ingat, berbeza dengan Rahab yang akhirnya masuk ke tanah perjanjian. Rahab menjadi sebahagian dari umat Allah di tanah perjanjian itu. Manakala orang Gibeon seumur hidup mereka tidak pernah hidup di tanah perjanjian atau tinggal di sana apatah lagi menjadi sebahagian dari umat Allah. Orang Gibeon memiliki "jalan pintas", melakukan cara-cara yang mudah dan ringkas tetapi berisiko tinggi untuk menyelamatkan diri.
Benar di sudut lain, menjadi umat Allah yang sungguh-sungguh itu adalah sukar, menjadi umat Allah itu kelihatanya berat kerana berbagai "aturan" yang kelihatannya sukar untuk diikuti, tetapi ingat kata Yesus dalam Matius 7:14, "karena sesaklah pintu dan sempitlah jalan yang menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya."
Mudah-mudahan kita tidak mengulangi "jalan pintas" yang pernah dilalui oleh orang Gibeon tetapi dengan rela hati kita mahu membuat sebuah keputusan untuk mengikuti Allah seperti Rahab yang secara keseluruhannya mengubah jalan kehidupannya untuk menjadi umat Allah.
Jangan pernah separuh hati dalam hal mengikut Tuhan. Orang Gibeon adalah contoh orang yang "setengah hati" untuk mengikut Allah, hasilnya buruk, tetapi Rahab, dengan keimanan yang penuh mengikut Allah, hasilnya sangat istimewa. Semoga kita belajar dari pengalaman ini.
Tuhan memberkati!
Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati!
A. A. Pondili
No comments:
Post a Comment