Tuesday, August 28, 2018

Renungan Petang SDA, 29 Ogos 2018


Renungan Petang
Rabu, 29 Ogos 2018

Mengasihi Dan Mengampuni

"Tetapi jika kamu tidak mengampuni, maka Bapamu yang di sorga juga tidak akan mengampuni kesalahan-kesalahanmu." Markus 11:26

Pernahkah anda mengalami perasaan sakit hati? 
Disakiti oleh rakan sekerja, rakan sekolah, pasangan atau mungkin disakiti oleh orang yang sangat kita kasihi (suami atau isteri)? Kalau tubuh fizikal yang sakit, kita masih mampu  menjalani pemeriksaan hospital, beli ubat di farmasi atau menjalani rawat tradisional.

Kalau hati kita yang sakit, siapa yang mampu menyembuhkan? Lihat ini, "Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu." (Matius 5:44), dan juga kita diperintahkan untuk mengampuni orang yang bersalah kepada kita, "...sampai tujuh puluh kali tujuh kali." (Matius 18:22). Apakah ini tidak salah? Kita yang telah disakiti dan dilukai diperintahkan untuk mengasihi dan mengampuni mereka?

Ramai orang berpendapat bahawa mengasihi dan mengampuni kesalahan orang lain itu adalah sebuah pilihan: kita boleh memilih untuk mengasihi dan mengampuni, atau tidak. Ramai pula yang mengambil mudah makna sebuah pengampunan, walhal mengampuni adalah perintah Tuhan yang tidak boleh dilanggar. Sebagai orang percaya, mengampuni kesalahan orang lain seharusnya menjadi hal yang mudah untuk dilakukan.
Mengapa? Kerana kita sudah menerima pengampunan dari Tuhan terlebih dahulu. 

Mengampuni bermaksud membebaskan, tidak lagi menuntut balas, menghapuskan dan tidak mengingat-ingat lagi kesalahan (baca Matius 18:24-27);  mengampuni bermaksud membuang jauh-jauh, tidak menyimpan kesalahan orang lain. "sejauh timur dari barat, demikian dijauhkan-Nya dari pada kita pelanggaran kita." (Mazmur 103:12).

Berkat terbesar ketika kita mahu mengampuni orang lain adalah Tuhan akan mengampuni dosa kita  (baca  Matius 6:14), namun jika kita tidak mahu mengampuni, Tuhan juga tidak akan mengampuni kita  (baca  Matius 6:15).

Ada kebaikan lain tentang pengampunan adalah mendatangkan kuasa kesembuhan (baca Yakobus 5:16), doa-doanya akan didengar dan dijawab oleh Tuhan (baca Markus 11:24-25), serta korban persembahan kita akan diterima oleh Tuhan  (baca  Matius 5:23-24).


Jangan menunda-nunda waktu untuk memberikan pengampunan kepada orang lain. Kiranya Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment