Renungan Petang
Khamis, 16 Ogos 2018
Khamis, 16 Ogos 2018
Janji Digenapi
"Kemudian genaplah bulannya bagi Elisabet untuk bersalin dan iapun melahirkan seorang anak laki-laki." Lukas 1:57
Inilah reaksi Zakharia ketika mendengar khabar gembira dari malaikat Gabriel: "Bagaimanakah aku tahu, bahwa hal ini akan terjadi?" (ayat 18). Kerana ketidakpercayaannya, Zakharia terpaksa menerima akibatnya. Malaikat itu berkata, "Sesungguhnya engkau akan menjadi bisu dan tidak dapat berkata-kata sampai kepada hari, di mana semuanya ini terjadi, kerana engkau tidak percaya akan perkataanku yang akan nyata kebenarannya pada waktunya." (ayat 20). Zakharia bisu selama masa kehamilan isterinya.
Bayi yang ada dalam kandungan Elisabet adalah bayi yang luar biasa. Ada rencana Allah yang besar iaitu, menjadikannya suatu hari sebagai utusan Allah untuk mendahului Yesus Kristus, Sang Mesias: "...ia akan besar di hadapan Tuhan dan ia tidak akan minum anggur atau minuman keras dan ia akan penuh dengan Roh Kudus mulai dari rahim ibunya; ia akan membuat banyak orang Israel berbalik kepada Tuhan, Allah mereka," (Lukas 1:15-16). Yohanes menjalani kehidupan yang baik; tidak minum anggur atau minuman keras.
Kita tahu perjanjian biasanya melibatkan dua pihak yang sepakat. "Berjalankah dua orang bersama-sama, jika mereka belum berjanji?" (Amos 3:3). Dalam hal perjanjian Tuhan dengan manusia, pihak pertama adalah Tuhan dan pihak kedua adalah orang percaya. Bahagian Tuhan adalah menggenapi janji-Nya, sedangkan bahagian kita adalah hidup dalam perjanjian-Nya dan setia melakukan firman-Nya. Dalam menantikan janji Tuhan ini kita dituntut untuk tetap percaya sampai janji-Nya digenapi. Masa penantian adalah masa yang menentukan. Ramai yang gagal dalam 'ujian' menanti waktu Tuhan. "Nantikanlah TUHAN! Kuatkanlah dan teguhkanlah hatimu! Ya, nantikanlah TUHAN!" (Mazmur 27:14).
Mendapatkan seorang anak lelaki di masa tua benar-benar mendatangkan sukacita besar bagi Elisabet dan Zakharia. Sesuai dengan pesanan Gabriel, mereka menamakan anak itu Yohanes, yang kemudian disebut sebagai Yohanes Pembaptis, orang yang dipakai Tuhan untuk mempersiapkan jalan bagi Mesias yang dinanti-nantikan orang Yahudi. Zakharia dan Elisabet yang melayangkan doa dengan bersungguh-sungguh dengan cucuran air mata kini menerima sukacita. Janji Tuhan digenapi.
Kiranya Tuhan memberkati!
Nota: Renungan ini boleh dikongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain atau sesiapa sahaja. Injil kebenaran Tuhan harus diberitakan di seluruh dunia. Tuhan memberkati!
A. A. Pondili
No comments:
Post a Comment