Saturday, August 25, 2018

Renungan Petang SDA, Ahad 26 Ogos 2018


Renungan Petang
Ahad, 26 Ogos 2018

Kehidupan Terdahulu Peringatan Di Akhir Zaman

"Semuanya ini telah menimpa mereka sebagai contoh dan dituliskan untuk menjadi peringatan bagi kita yang hidup pada waktu, di mana zaman akhir telah tiba." 1 Korintus 10:11

Bangsa Israel adalah bangsa pilihan Tuhan untuk menjadi ahli waris kerajaan-Nya, diharapkan menjadi berkat bagi bangsa-bangsa lain, sebagaimana janji Tuhan kepada Abraham : "...olehmu semua kaum di muka bumi akan mendapat berkat." (Kejadian 12:3).

Apa yang Tuhan janjikan terbukti ditepati-Nya, maka diberkatilah Ishak, Yakub (yang disebut  'Israel') dan ke-12 suku yang ada. Tidak berhenti sampai di situ, Tuhan juga melepaskan mereka dari perhambaan di Mesir dan memimpin mereka menuju ke Tanah Perjanjian, "...suatu negeri yang baik dan luas, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya," (Keluaran 3:8).

Walaupun demikian, mereka tidak memberikan respon yang positif kepada Tuhan, mereka terus-menerus mengeluh dan memberontak di sepanjang perjalanan menuju Tanah Perjanjian. Tuhan menyebut mereka sebagai "tegar tengkuk" (baca Keluaran 32:9) atau keras kepala, walhal mereka sudah menikmati berkat-berkat Tuhan yang luar biasa, namun gagal melakukan kehendakNya.

Kerana memberontak, mereka terpaksa melalui jalan yang "berpusing-pusing" di padang gurun selama 40 tahun. Bukan hanya itu, sebahagian besar di antara mereka mengalami kebinasaan di padang gurun sebelum mencapai Tanah Perjanjian. Kegagalan ini bukan disebabkan oleh Tuhan, melainkan mereka sendiri yang mengeraskan hati dan tidak mahu setia kepada Tuhan walaupun selama 40 tahun mereka telah melihat perbuatan-perbuatan Tuhan yang ajaib. 

Tuhan sudah menyatakan mukjizat-Nya agar mereka percaya tetapi mereka memilih untuk tidak percaya dan tetap mengeraskan hati. Berhati-hatilah dengan kebebasan dan pilihan hidup setiap individu; setia atau tidak, percaya atau mengeraskan hati.

Ketidaktaatan yang menyebabkan sebahagian besar bangsa Israel gagal mencapai Kanaan adalah sebuah pelajaran berharga dan peringatan bagi kita agar terhindar dari kegagalan. Semuanya bergantung kepada keputusan dan pilihan hidup yang kita ambil pada saat ini dan seterusnya.

Ketidaktaatan kepada Tuhan adalah penyebab utama kegagalan bangsa Israel! Dan juga ketidaktaatan manusia kepada Tuhan adalah penyebab utama kegagalan memasuki "Tanah Perjanjian" seperti yang dijanjikan Tuhan.

Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment