Friday, August 24, 2018

Renungan Petang SDA, Jumaat 24 Ogos 2018


Renungan Petang
Jumaat, 24 Ogos 2018

Integriti

"Orang benar yang bersih kelakuannya-berbahagialah keturunannya." Amsal 20:7

Ketika seseorang 'tinggal' dalam firman-Nya, maka kuasa firman itu akan bekerja secara dengan ajaib; mengajar, menegur, memperbaiki dan mendidik, sehingga tabiat hidupnya semakin diperbaharui dari hari ke hari, kepekaan rohaninya pun semakin bertambah-tambah sehingga anggota tubuhnya pun semakin "...terlatih untuk membezakan mana yang baik daripada yang jahat." (Ibrani 5:14).

Tinggal di dalam firman bermaksud menjadi pelaku firman. Orang yang taat melakukan firman Tuhan pasti memiliki kelakuan yang baik dan bersih. Bersih kelakuannya dalam Alkitab versi English Amplified ditulis sebagai "integrity" atau "integriti". Definisi integriti adalah mutu, sifat, atau keadaan yang menunjukkan kesatuan yang utuh sehingga memiliki potensi dan kemampuan yang memancarkan kewibawaan dan kejujuran.

Orang yang memiliki integriti bererti memiliki kualiti hidup yang baik, jasmani dan rohani. Secara Alkitabiah, orang yang berintegriti memiliki hati yang takut akan Tuhan, menghormati Tuhan, memihak kepada kebenaran dan tidak berkompromi dengan dosa. Bukti nyata integriti seseorang adalah melakukan segala sesuatu dengan kualiti yang terbaik dan bukan ala kadarnya.

Tidak ada perkataan 'rugi' bagi setiap orang yang benar, melakukan firman Tuhan, berkelakuan bersih atau mempunyai integriti sebab Tuhan menyediakan upahnya iaitu, kehidupannya akan berbahagia dan diberkati, malahan berkat itu akan turun sampai ke anak cucu. Tuhan memberkati!

No comments:

Post a Comment